keterpaksaan seperti bola api
dari langit. garang dan menerkam hangus
ladang menjadi gurun yang diam.
bau yang kelam.
dahaga yang menghirup bola api.
kewajaran menjadi air.
kewajaran bahkan adalah pergelutan.
pergelutan mencetak masa. masa yang buta dan bisu.
sedang pergerakan masa hanyalah penggalian
sisa esok.
bukanlah apa-apa.
malaikat dengan pedang di tangan
tidak akan sekali memberi senyum.
tidak akan sekali menghitung luruh
warna kitab.
keras seperti gunung batu.
bagaimana bergentayangan roh, adalah persoalan yang selalu saja bergema dan
berguling.
langit melihat. dan langit telah menjadi saksi.
duhai
tayangan demi tayangan meraih simpati
namun neraka yang lapar tetap saja menjelir lidah
sebagaimana engkau yang tidak
pernah mahu berhenti
menyelak buku takdir, berkira
mana ratu keadilan?
mana raja kebenaran?
apakah tuhan sudah mati?
apakah tuhan tertidur?
(kemudian bertanya, pernahkah kalian terjun dalam kolong hidupku?)
ah!
(terlalu mudah!)
engkaukah yang ingin nasib dicalari?-aku bertanya kembali.
engkaukah yang ingin nasib terjatuh seperti kering sarang burung?
engkaukah yang ingin nasib terus tergantung di duri kaktus?
hidup adalah butiran pasir dikemudi angin.
dikemudi angin dan bertebaran kemana.
dikemudi angin dan terkumpul membentuk
bukit pasir.
angin, engkaulah!
tapi engkau menangis.
engkau berlari menerjah ribut pasir.
dan sembunyi antara runtuhan kubah.
kepala orok-orok bersedia menyambut.
duhai, apakah kau tahu masih ada mata air tak tergali?
kesedaran yang dungu: seekor unta tidak mati diperangkap
gurun zalim. tapi seorang engkau mahu mati di pijak kaki sendiri.
sekumpulan hering lapar mengintai.
oh, kesedaran yang dungu. bau yang kelam.
dan dahaga yang menghirup bola api.
dengan sekumpulan serigala di pinggang, tubuhmu
dilamar kematian.
-matahati14122009hukm-
Rabu, 2009 Disember 16
Jumaat, 2009 Disember 04
sajak dari doraisamy
anak muda yang lapar
memburu puas di kaki meja
membalikkan wajah malam
kuala lumpur yang sentiasa
berdarah.
sebatang jalan, hingar
bingungnya meresap dalam segelas
teh tarik
montok anak gadis berbaju merah
di punggung tertulis nama
sang ayah.
mamak mengaut laba
dari maruah yang tercicir
keluar dari saku melayu.
malu menjadi papan tanda
dilibas bingit ngaum
motorsikal.
angin kering.
memburu puas di kaki meja
membalikkan wajah malam
kuala lumpur yang sentiasa
berdarah.
sebatang jalan, hingar
bingungnya meresap dalam segelas
teh tarik
montok anak gadis berbaju merah
di punggung tertulis nama
sang ayah.
mamak mengaut laba
dari maruah yang tercicir
keluar dari saku melayu.
malu menjadi papan tanda
dilibas bingit ngaum
motorsikal.
angin kering.
dua baris sajak untuk suri
tak dapat piala, bangku stadium kubakar
tanpa segala, segenap usiamu kulamar.
tanpa segala, segenap usiamu kulamar.
sajak chenta tak terurus
kalau kau lihat awan
jauh
itu sepiku.
kalau kau dengar sayu
hujan
itu nyanyiku.
malam yang ketar
angin yang debar
di antaranya aku simpan
cinta.
jam yang retak
cengkerik yang rancak
di antaranya aku simpam
rindu.
sukinah
aku mahu hela
nafasmu jadi dangdut
jantungku.
jauh
itu sepiku.
kalau kau dengar sayu
hujan
itu nyanyiku.
malam yang ketar
angin yang debar
di antaranya aku simpan
cinta.
jam yang retak
cengkerik yang rancak
di antaranya aku simpam
rindu.
sukinah
aku mahu hela
nafasmu jadi dangdut
jantungku.
Selasa, 2009 November 03
sajak anak muda ketakutan buat ibu
bu, menyusur jalan yang
menggelegak desah
dosa aku melihat wajahmu
basah di papan
tanda.
selaut doamu mengapung
di antara bahang
pijar lampu dan
resah sepasang angsa
mencari puas.
kebenaran adalah ketakutan
menjerut waras
rumah ibadat yang diam
dan bisu
1 malaysia gemilang
di beach club
aloha, rum jungle lebar
menyambut tangkai
perpaduan wacana pemimpin
berjiwa rakyat.
bu, di sini seperti
di syurga
-bukan bohong si pemimpin
dan ketar tuan guru dari
dari titik air
mata menjadi hijab
kemodenan.
malam muda bersama
mabuk warga larut
di nikmat guiness
stout dan tiger yang
mesra.
ketika aku terbayang sujudmu
di lesu sejadah
tercari doa yang kau
sumbat di kocekku
kebenaran apa menjengah
antara bingit lady gaga
menjalar di montok dada
anak gadis yang tidur
di belai estacy.
bu, sang pemimpin dengan
retorik kemajuan
sebuah negara islam
mencabar goblalisasi
aku menjadi tikus tergigil
kesejukan, bingung seperti
kecoak di rekah dinding.
di mana aku, bu?
1 malaysia menjegil
biji mata
aku terkurung dalam sangkar
ketidakpastian
doamu yang salah
atau aku yang terkeliru?
di mana aku, bu?
menggelegak desah
dosa aku melihat wajahmu
basah di papan
tanda.
selaut doamu mengapung
di antara bahang
pijar lampu dan
resah sepasang angsa
mencari puas.
kebenaran adalah ketakutan
menjerut waras
rumah ibadat yang diam
dan bisu
1 malaysia gemilang
di beach club
aloha, rum jungle lebar
menyambut tangkai
perpaduan wacana pemimpin
berjiwa rakyat.
bu, di sini seperti
di syurga
-bukan bohong si pemimpin
dan ketar tuan guru dari
dari titik air
mata menjadi hijab
kemodenan.
malam muda bersama
mabuk warga larut
di nikmat guiness
stout dan tiger yang
mesra.
ketika aku terbayang sujudmu
di lesu sejadah
tercari doa yang kau
sumbat di kocekku
kebenaran apa menjengah
antara bingit lady gaga
menjalar di montok dada
anak gadis yang tidur
di belai estacy.
bu, sang pemimpin dengan
retorik kemajuan
sebuah negara islam
mencabar goblalisasi
aku menjadi tikus tergigil
kesejukan, bingung seperti
kecoak di rekah dinding.
di mana aku, bu?
1 malaysia menjegil
biji mata
aku terkurung dalam sangkar
ketidakpastian
doamu yang salah
atau aku yang terkeliru?
di mana aku, bu?
sajak chenta tak terurus
kalau kau lihat awan
jauh
itu sepiku.
kalau kau dengar sayu
hujan
itu nyanyiku.
malam yang ketar
angin yang debar
di antaranya aku simpan
chenta.
jam yang retak
cengkerik yang rancak
di antaranya aku simpam
rindu.
sukinah
aku mahu hela
nafasmu jadi dangdut
jantungku.
jauh
itu sepiku.
kalau kau dengar sayu
hujan
itu nyanyiku.
malam yang ketar
angin yang debar
di antaranya aku simpan
chenta.
jam yang retak
cengkerik yang rancak
di antaranya aku simpam
rindu.
sukinah
aku mahu hela
nafasmu jadi dangdut
jantungku.
Jumaat, 2009 Oktober 30
cinta untuk maria ozawa
dari mata turun ke hati
buta dek akal sempit
aku menerjah sisi indah
terpamer di liuk tari.
udara panas, pengap.
di kaki katil, terselit
gelisah, menjalar antara
bantal- kulagakan desah
nafas menjadi dosa
-itu bukti cintaku.
udara panas, pengap.
ahh…uhh..
kalau kau mahu aku
datanglah sebagai titik
air, bergolek di dada kiambang.
buta dek akal sempit
aku menerjah sisi indah
terpamer di liuk tari.
udara panas, pengap.
di kaki katil, terselit
gelisah, menjalar antara
bantal- kulagakan desah
nafas menjadi dosa
-itu bukti cintaku.
udara panas, pengap.
ahh…uhh..
kalau kau mahu aku
datanglah sebagai titik
air, bergolek di dada kiambang.
Langgan:
Catatan (Atom)
