Ahad, 4 April 2010

sajak tentang sekumpulan babi di 1malaysia







tentang sekumpulan babi menguis tanah
adalah tentang sekumpulan menteri mencakar
rabak jantung warga.

di jalanan pekerja keras beradu nasib
dihirup bola api dahaga menjengah
ketika bucu kewarasan semakin tajam dan
anak kecil merenung nasib
yang liar di antara mabuk asap
kenderaan di jalan sesak dan sumpah
seranah menjadi doa harian
melingkar dalam pahit mimpi
seorang ayah yang terduduk
kerana nilai pendidikan yang harus dibeli
di tanah merdeka tergadai masa depan
seorang perempuan yang tergolek disula
tajam keterpaksaan sebuah hidup
melambung tinggi. melambung tinggi.

dongeng malaikat berlagu menggoncang
saku yang terdesak. seperti papan tanda
terpaku di jalan dan sisa getir
memerah keringat marhaen yang menangis
dilibas murka tuhan. apakah langit tidak
mahu berhenti menghimpit?-tanya mereka.

ahh..menteri-menteri yang mengurut nafsu
dari perit tekak yang ditikam duri
tumbuh di dapur-dapur dan menjalar dalam periuk
nasi kemudian di antara lagaan sudu dan pinggan
di sebuah rumah pangsa 2 bilik, seorang gadis sunti
menghamilkan anak abangnya sendiri.

uh..catatan dosa tertinggal di kaki katil
ketika di mewah kamar sana kemaluan bersalut berlian
memancutkan jerih perih darah yang menggelegak
dari legam tubuh warga dibakar kewajaran
menggali hari esok. dan malaikat dibayar khidmatnya
dengan ribuan ringgit sang menteri.

kemudian mempelajari makna keadilan yang telah cair
di kelangkang anak gadis. kemudian mempelajari makna
kesamaan yang telah lebur di kelangkang anak teruna.

kemudian mempelajari makna rakyat didahulukan yang
telah mati di kelangkang seorang pemimpin yang tertegak
kemaluannya.

huh! sekumpulan babi menguis tanah dan beribu-ribu cacing menggeliat kepanasan.

2 ulasan:

faziz ar berkata...

salam kunjungan
aku suka sajak ini
sajak kritikan sosial yang sangat tajam...
sangat sinis dan tepat pada masanya.... syabas...

Zawawi Aziz berkata...

Pemimpin berhati rusuh...
pembelot kepada acuan tuhan.