Rachel Corrie ditawan?
kemanusiaan ditikam?
kini bukan lagi tentang gaza terhumban
atau darah palestin yang mengalir dalam sajak
atau biadab yahudi terjelma di laung demonstran.
maafkan kami, rachel corrie
setelah mengajar kami tentang darah
kami masih tidak mempelajari apa-apa.
setelah memijak lumat maruah kami
kami masih mahu bercakap tentang maruah.
setelah meninggalkan kami, kemaluan
masih tidak terasa malu dan ditinggalkan.
pemimpin kami masih sekadar mampu
menyebar kutukan demi kutukan
dan leka beranalogi
sekumpulan binatang meniup api membakar Ibrahim.
maafkan kami.
**klik perkataan yang dihighlight.
**mr R dalamtajuk tidak merujuk kepada rachel corrie
-matahati-
0 ulasan:
Catat Ulasan